Isnin, 28 Disember 2009
s3nj4t4 m3l4yu
p3rs0n4l1t1 mel4lu1 bu4h
Sabtu, 26 Disember 2009
bul4n H1jr4h m3ng1kut t4r1kh l4h1r
Maksud : Satu lagi bulan suci yang mengharamkan perlawanan atau peperangan dan salah satu bulan yang dihormati. Ia juga dikenali sebagai Rajab al Fard. Fard bermaksud keseorangan: kerana tiga bulan suci yang lain berada jauh dan berturutan berbanding Rejab di tengah-tengah.
Sifat : Semasa kecil anda seorang yang degil dan nakal. Ibu bapanya patut mendidik anda dengan baik agar anda dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, anda suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikap anda semasa kecil. Walau bagaimanapun, hidup anda selamat dan aman. Insya'Allah
w4rna meng1kut tarikh lah1r
Sifat : Kebanyakan mereka yang diwakili oleh warna Kelabu ini sangat menarik orangnya dan aktif. Kamu juga ingin diri kamu dikenali orang ramai dan menjadi kepantangan kamu pula sekiranya tidak dilayan dengan adil oleh sesiapa saja! Kamu juga seorang yang tidak gemar menyimpan apa juga perasaan di dalam hati dan lebih suka meluahkannya. Sesekali kamu boleh bersikap pentingkan diri sendiri. Namun kamu amat pandai menawan hati orang lain apatah lagi dengan sikap humor yang kamu miliki itu.
k3rj4y4 vs z0d14k
Gemini perlu sedar anda di anugerah kemahiran berkomunikasi yang tinggi. Dengan kemahiran ini, anda berupaya memindahkan hasrat dan matlamat dalam diri kepada dengan orang lain secara logik. Kaedah pemindahan ini menjadikan orang Gemini sangat menonjol dalam kerjaya yang melibatkan penulisan, pendidikan, perjualan dan kewartawanan.
Banyak contoh yang melibatkan orang Gemini, terkenal sebagai penyajak, pelukis, pemuzik dan ahli sufi. Sehingga kini, pencapaian yang tertinggi bagi orang Gemini ialah untuk mengajar kebenaran, sama ada bidang sains atau sejarah. Tidak keterlaluan jika dikatakan orang berzodiak Gemini adalah pembawa ilham yang mengagumkan! Minda Gemini selalu berisi dengan berfalsafah hidup yang meransang minda orang lain.
Dari segi kewangan, Gemini cenderung mengambil berat terhadap kekayaan pembelajaran dan idea daripada kekayaan kebendaan. Gemini gemar membuat perbincangan atau "tawar-menawar" dalam perkara yang melibatkan kewangan. Anda boleh memperolehi wang dengan banyak cara. Oleh sebab itu, sikap kewangan dan keinginan anda nampaknya berubah dari hari ke sehari.
Perasaan terhadap wang ringgit juga turut berubah, kekadang anda sangat ceria dengan wang, tetapi pada ketika yang lain, anda seolah-olah tidak mempedulikan wang! Pada keseluruhannya, matlamat kewangan kerap di anggap sebagai cara untuk membantu keluarga.
h41wan zodiak
Kamu semakin hampir dengan kesempurnaan dan begitu baik hati. Kebaikan kamu akan sentiasa dikenang orang sekeliling kamu. Kamu sukakan kedamaian, sekiranya teman-teman ada menyakiti hati kamu, kamu tidak akan cuba menyakitkan hati mereka pula. Kerana ini, kamu memang disayangi dan disenangi teman-teman.
Kamu juga tidak suka cakap belakang dan orang sekelilingmu begitu senang dengan cara kamu melayan mereka. Kamu sentiasa akan memberi kasih sayang dan tidak pernah mengharapkan balasan. Pemurah juga adalah sikap kamu dan kamu sentiasa melihat kehidupan sebagai latihan praktikal.
zod14k d4n pl4n3t
Dato Puakalanun lahir pada 7 June, zodiak anda adalah Gemini dan dikawal oleh planet UTARID
Gemini dikawal oleh UTARID.Utarid merupakan planet komunikasi bagi Gemini yang sememangnya gemar berkomunikasi dengan sesiapa saja yang mereka temui. Gemini memiliki sifat ingin tahu yang sangat mendalam, mereka berusaha untuk mempelajari segala yang mereka tahu dengan segera, sehingga mereka dapat memberi tahu orang lain tentang apa yang mereka tahu. Gemini seorang yang cepat berfikir, cepat ketika berbicara, dan mampu meyakinkan anda bahwa mereka lebih tahu mengenai subjek itu benar-benar mereka lakukan. Mereka gemarkan sesuatu yanng menyeronokkan, spontan dan trendi.
Khamis, 24 Disember 2009
r4mbut anda
Jenis Rambut Anda : Rambut botak atau sengaja dibuat botakKarakter : Menunjukan seorang pria yang sexy dan senang akan hal-hal yang praktis. Mereka umumnya dapat dipercaya karena mereka tidak berbelit-belit. Kalau terjadi pada seorang wanita berarti wanita tersebut dalam keadaan depresi atau ingin mendapatkan perhatian lebih dari orang-orang disekelilingnya. |
r4mbut anda
Jenis Rambut Anda : Rambut botak atau sengaja dibuat botakKarakter : Menunjukan seorang pria yang sexy dan senang akan hal-hal yang praktis. Mereka umumnya dapat dipercaya karena mereka tidak berbelit-belit. Kalau terjadi pada seorang wanita berarti wanita tersebut dalam keadaan depresi atau ingin mendapatkan perhatian lebih dari orang-orang disekelilingnya. |
Unsur b4d4n=AP1
Anda adalah berunsur ApiHuraian : Sifat api dikaitkan sebagai jenis Intuisi (kebolehan mengetahui sesuatu melalui bisikan kalbu). Ia digolongkan sebagai sifat kelelakian. Pentingkan diri, megah, bersemangat tinggi, kompetitif, perlukan ruang, kebudakan atau kurang matang, keras hati, kecenderungan ke arah tidak peka terhadap sesuatu, sentiasa sedia untuk menempuh sesuatu yang baru dan berisiko, mampu melihat kemungkinan masa depan. (JENIS INTUITIF: CINTA, PANAS) Pentingkan diri, megah, semangat tinggi, kompetatif, perlukan ruang, keanakan atau lurus, menaruh harapan, cenderung untuk tidak sensitif, sentiasa sedia untuk sesuatu yang baru dan berisiko, mampu melihat kemungkinan baru, yang mana orang lain tidak terfikirkan. Perasa, gelisah, agresif, mudah teransang, mudah berusaha, pemaksa, optimis, aktif. Kerjanya segera, jalannya cepat, terang hati, panas tubuhnya, kurang tidurnya. |
Ahad, 20 Disember 2009
m4jl1s s9-bul0h=13/12/2009
Ahad, 6 Disember 2009
k0rb4n 28/11/2009=PIS4U LAP4H N TEMAN KARIB
k0rb4n 28/11/2009
Rabu, 2 Disember 2009
sdrIslam30/perwaris
sdrIslam30/perwaris
sdrIslam30/perwaris
sdrIslam30/perwaris
sdrIslam30/perwaris
L0g0 d4n buku risalah
30 h4k muslim
1.memaafkan kesalahannya.2.mengasihinya ketika ia berdukacita.3.menutupi rahsianya.4.menerima penyesalannya.5.menolak umpatannya.6.selalu menasihatinya.7.menjaga urusannya.8.memelihara janjinya.9.mengunjunginya ketika sakit.10.menghantar jenazahnya.11.menyahut panggilannya.12.menerima hadiahnya.13.menerima pemberiaannya.14.berterima kasih atas pemberiannya.15.ikhlas ketika menolongnya.16.memelihara kehormatannya.17.menunaikan keperluannya.18.menerima pertolongannya.19.tdk mesia-siakan maksudnya.20.menjawab jemputannya.21.menunjukkan kesalahannya.22.membalas salamnya.23.berbicara dgn baik.24.berbuat baik dlm pemberiannya.25.membenarkan sumpahnya.26.menolongnya dlm keadaan mengabiaya ialah menolaknya dr keaniayaan itu,dan menolongnya dlm keadaan teraniya adalah membantunya utk mendapatkan hak2nya.28.bersahabat dgn nya dan tidak memusuhinya.29.tidak merendahkanya dan menghinanya.30.suka melakukan kebaikan buat dirinya sendiri@pun utk org lain.
saudara/sahabat
(PETIKAN”BIMBINGAN MUMININ”IMAM GHAZALI)
01=JIKA ENGKAU BERBUAT BAKTI KEPADANYA,IA AKAN MELINDUNGIMU.
02=JIKA ENGKAU RAPATKAN PERSAHABATAN DENGANNYA,DIA AKAN MEMBALAS BAIK PERSAHABATANMU ITU.
03=JIKA ENGKA PERLUKAN PERTOLONGAN DARIPADANYA IA AKAN MEMBANTUMU.
04=JIKA ENGKAU HULURKAN SESUATU KEBAIKAN KEPADANYA,IA AKAN MENERIMA DGN BAIK.
05=JIKA IA MENDAPAT SESUATU KEBAJIKAN(BANTUAN)DARIPADAMU,IA AKAN MENGHARGAINYA ATAU MENYEBUT KEBAIKANMU.
06=JIKA IA MELIHAT SESUATU YG TIDAK BAIK DARIPADAMU,IAAKAN MENUTUPNYA.
07=JIKA ENGKAU MEMINTA SESUATU BANTUAN DARIPADANYA,IA AKAN MENGUSAHAKANNYA.
08=JIKA ENGKAU BERDIAM DIRI(KERANA MALU HENDAK MEMINTA),IA AKAN MENANYAKAN KESUSAHANMU.
09=JIKA DATANG SESUATU BENCANA MENIMPA DIRIMU,IA AKAN MERINGANKAN KESUSAHANMU(MEMBUAT SESUATU UTK MENGHILANGKAN KESUSAHAN ITU).
10=JIKA ENGKAU BERKATA KEPADANYA,NESCAYA DIA AKAN MEMBENARKANMU.
11=JIKA ENGKAU MERANCANG SESUATU,NESCAYA IA AKAN MEMBANTUMU.
12=JIKA KAMU BERDUA BERSELISIH FAHAM,NESCAYA IA AKAN LEBIH SENANG MENGALAH UNTUK MENJAGA KEPENTINGAN PERSAHABATAN .
Selasa, 1 Disember 2009
mut1r4-k4t4-h1km4h-abu-bakar-ash-shiddiq r.a
(ABU BAKAR ASH-SHIDDIQ R.A)
‘’AKU ADALAH MANUSIA BIASA DAN AKU BUKANLAH MANUSIA
YG TERBAIK DI ANTARA KAMU.APABILA KAMU MELIHAT PERBUATANKU
BENAR,MAKA IKOTLAH AKU.TAPI APABILA KAMU LIHAT PERBUATANKU
SALAH,MAKA BETULKANLAH.’’
‘’TIDAK BOLIH SEORANG MUSLIM MENGHINA MUSLIM YG LAIN.
YANG KECIL PADA KAUM MUSLIMIM ADALAH BESAR PADA SISI
ALLAH.BILA MASOK SOLAT,BERDIRILAH KAMU MENUJU KE TEMPAT
APIMU YG SEDANG MENYALA DAN PADAMKANLAH IA.’’
=ORANG YG CERDAS IALAH ORANG TAKWA
=ORANG YG DUNGU IALAH ORANG DERHAKA
=ORANG YG DUSTA IALAH ORANG YG KHIANAT
=ORANG YG BENAR IALAH ORANG YG DAPAT DIPERCAYAI.
‘’KAMI D UJI DENGAN KESUSAHAN,MAKA KAMI BERSABAR,TERTAPI DI UJI
DENGAN KESENANGAN(KEMEWAHAN),HAMPIR2 KAMI TIDAK SABAR”.
mut14r4-k4t4-hikm4h-ali-bin-abi-thalib
“ORG BERILMU LEBIH UTAMA DRPD ORG YG
SELALU BERPUASA,BERSOLATDAN BERJIHAD.
APABILA MATI ORG YG BERILMU MAKA TERDAPATLAH
KEKOSONGAN DLM ISLAM YG TIDAK DPT DTUTUP
SELAIN OLEH PENGANTINYA”.
“IMAM ITU DBANGUNKAN ATAS 4 TIANG:YAKIN,SABAR,JIHAD DAN
ADIL.SABAR DAN IMAN,ADALAH SEPERTI KEPALA DAN TUBUH.TIDAK ADA TUBUH BG ORANG YG TIDAK MEMPUNYAI KEPALA.DAN TIDAK ADA IMAN
BG ORG YG TIDAK MEMPUNYAI KESABARAN.
“TAKWA ADALAH TAKUT KEPADA ALLAH,MENGAMALKAN ISI KITAB ALLAH,MERASA PUAS
DENGAN PEMBERIAN ALLAH DAN BERKEMAS-KEMAS UNTUK MENJELANG HARI BERANGKAT MENUJU
ALLAH”.
“SAUDARAMU YG SEBENAR-BENARNYA IALAH ORANG YG ADA DI SAMPINGMU.
IA RELA MENERJUNKAN DIRI KE DLM BAHAYA DEMI KEMANFAATANMU”.
Etik4 k3rj4
R4J1N B3RC4K4P…
B4GUS.
R4JIN B3RK3RJ4,
M4L4S B3RC4K4P…
K3N4 BUL1.
M4L4S B3K3RJ4,
R4JIN B3RC4K4P…
W4Y4NG KUL1T.
M4L4S B3K3RJA,
R4J1N M3NG4DU…
K4K1 B0D3K.
M4L4S B3RK3RJ4,
S3L4LU P0NT3NG…
L3B1H B4IK B3RH3NT1.
M4L4S B3K3RJ4,
SUK4 T3RM3NUNG…
L3B1H B41K M4T1.
Isnin, 30 November 2009
Sump4h M3l4yu
WARISAN
Anak kecil main api,Terbakar hatinya yang sepi,
Air mata darah bercampur keringat,
Bumi dipijak milik orang.
Nenek moyang kaya raya,
Tergadai seluruh harta benda,
Akibat sengketa sesamalah kita,
Cinta lenyap diarus zaman.
Indahnya bumi kita ini,
Warisan berkurun lamanya,
Hasil mengalir ke tangan yang lain,
Pribumi merintih sendiri.
Masa depan sungguh kelam,
Kan lenyap peristiwa semalam,
Tertutup lah hati terkunci mati,
Maruah pribadi dah hilang.
Kini kita cuma tinggal kuasa,
Yang akan menentukan bangsa,
Bersatulah hati bersama berbakti,
Pulih kembali harga diri.
Kita sudah tiada masa,
Majulah dengan maha perkasa,
Janganlah terlalai teruskan usaha,
Melayukan gagah dinusantara,
Melayukan gagah dinusantara.
Sump4h Seti4 membunuh JWW Birch
Mel4yu Muslim M4sok Kongsi Gel4p Cin4
Rabu, 25 November 2009
f4tw4 tu4n h4ji sheikh 0m4r B4sheer
fatwa yg d keluarkan dengan tegas meletakan org Islam yg masok kongsi gelap cina sebagai tidak setia kepada Agama mereka dan d angap murtad kerana beberapa sebab:1=orang2 ini sangup meningalkan ibubapa dan keluarga kerana ketaksuban mereka kepada kongsi gelap.kedua:=mereka membuat sumpah dengan cara meminum darah yg d camporkan arak.ketiga:=oleh kerana kesetian melulu kepada kongsi gelap,mereka sangup berkorban apa saja termasok nyawa mereka,demi kemenangan persatuan.Fatwa ini menekankan ketiga-tiga perkara d atas bercangah dengan ajaran Islam dan menambah sekiranya orang Islam yang terlibat tidak bertaubat,mereka tidak akan d kebumikan d kubur orang Islam.Malahan talqin juga tidak akan d baca kepada jenazah mereka.Orang2 Islam lain d larang menghadiri sebarang kenduri kendara yg d buat oleh orang yg masok kongsi gelap dan tidak d benarkan menziarahinya ketika dia jatuh sakit.0rang yg masok kongsi gelap juga tidak d benarkan menjadi ahli kariah masjid kecuali selepas mereka bertaubat.
Selasa, 24 November 2009
AMT 2008-20II
AMT PEKIDA MALAYSIA 2008-2011
2. TIMBALAN PRESIDEN - DATO’ HJ. RAMLI BIN NORANI
3. NAIB PRESIDEN - DATO’BAKRI BIN HJ. ALI MOHAMAD
4. NAIB PRESIDEN - HAJI FUAD B.MAT ISA
5. NAIB PRESIDEN - GIRIM BIN HAMZAH (Meninggal Dunia- Al Fatihah)
6. SETIAUSAHA AGONG - HJ.MOHD ZAIN BIN GHAZALI
7. PENOLONG SETIAUSAHA AGONG - HJ.MOHAMAD B.JAMAL
8. BENDAHARI - ABU BAKAR B.HAMZAH
9. KETUA PENERANGAN - DATO’WIRA OSMAN B.ABDUL
10. AMT PERLIS - SAAD BIN MD NOH
11. AMT NEGERI KEDAH - ABDULLAH B.HANAFI
12. AMT NEGERI KEDAH - HASHIM B.HAMID
13. AMT NEGERI KEDAH - YAHAYA B. AHMAD
14. AMT NEGERI PULAU PINANG - CHE KHAIR BIN ISMAIL
15. AMT NEGERI PULAU PINANG - MANSOR B.ALI
16. AMT NEGERI PERAK - HJ. DARUS BIN AHMAD
17. AMT NEGERI PERAK - HJ RIDZUAN B.MOHAMAD
18. AMT NEGERI PERAK - RAMLI B.HASSAN
19. AMT NEGERI SELANGOR - AB.RAHIM BIN MOKHTAR
20. AMT NEGERI SELANGOR - MOHD IDRIS B. LEBAI HASHIM
21. AMT WILAYAH PERSEKUTUAN - ROSLAN B. DAHAMAN
22. AMT NEGERI SEMBILAN - AZMI B.HASAN
23. AMT NEGERI MELAKA - DATUK KAPT(B)AB.KARIM B.SULAIMAN
24. AMT NEGERI JOHOR - AZMAN B.JAAFAR
25. AMT NEGERI JOHOR - ABU BAKAR B.ABDULLAH
26. AMT NEGERI JOHOR - ABD SHUKOR B.ABD RAHMAN
27. AMT NEGERI PAHANG - ZULKIFLI BIN MD. IDRIS
28. AMT NEGERI PAHANG - WAN RASHID BIN WAN SEMAIL
29. AMT NEGERI PAHANG - YOB B.AWANG KECHIL
30. AMT NEGERI KELANTAN - ABDULLAH B.ABD RAHMAN
31. AMT NEGERI TERENGGANU - DATO’HJ GHAZALI BIN MD. NOOR
32. AMT NEGERI SABAH - DATU AKJAN B.ALI MOHAMAD
33. AMT LANTIKAN - AB.RAHIM BIN OTHMAN
34. AMT LANTIKAN - MOHD SHARIL B. ABD AZIZ
35. AMT LANTIKAN - MOHAMAD YATIM B.MD REJAB
36. AMT LANTIKAN - DATO’ABD RAHMAN B.IBRAHIM
37. AMT LANTIKAN - SHAHIDAN BIN MD. NOOR
38. AMT LANTIKAN - MUSA B.AINNIE
http://ibupejabatpekidamalaysia.blogspot.com/2009/03/amt.html
KOMUNITI PEKIDA WILAYAH PERSEKUTUAN
Ayahanda Roslan Dahaman
TIM PENGERUSI >
Ayahanda Samsudin Abu
SETIAUSAHA >
Ayahanda Shahdan Mad Nor
BENDAHARI >
Ayahanda Zulkifli Shaari ( majlis Jemaah Cochrane )
KETUA PENERANGAN >
Ayahanda Sallehuddin
BIRO AGAMA >
Ayahanda Ab Halim Husain
AHLI JAWATAN KUASA
Ayahanda Shahril Padang Balang
Ayahanda din Flat Tmn Wahyu
Ayahanda Mail Bass Sentul
Ayahanda Rani Jemaah Muhibah
Ayahanda Syed Zul Wangsa Maju
Ayahanda Zakaria Kg Kerinchi
Ayahanda Koma Kg Baru
Ayahanda Megat Hussain Masjid India
Ayahanda Sjn Din Semarak
PEKIDA menawarkan pinjaman tanpa faedah
KUALA LUMPUR: Selasa, 17 Mac 2009 . Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) menawarkan pinjaman tanpa faedah bukan saja kepada ahli malah kepada masyarakat Bumiputera di negara ini.Presidennya, Jamaluddin Yusof, berkata pakej rangsangan itu ditubuhkan bagi mengurangkan beban ditanggung masyarakat sekali gus mengelakkan mereka terjebak meminjam ceti haram atau along.“Pekida bukan saja membantu dari segi pengurusan kewangan, malah turut menubuhkan koperasi bagi tujuan pemasaran produk berasaskan industri kecil dan kecil (IKS).“Ini antara inisiatif kami untuk membantu golongan tidak berkemampuan mahupun usahawan Bumiputera yang baru menceburkan diri dalam bidang perniagaan sekali gus menjadikan kami sebagai ejen promosi produk mereka,” katanya. Boleh berhubung terus dengan Pejabat PEKIDA MALAYSIA di alamat > No. 5A Bangunan MPSP, Jalan Pasar, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul AmanL4T4R B3L4K4N9 PEKIDA
Latar Belakang Pekida Malaysia
Pertubuhan ini telah didaftarkan kali pertama pada tahun 1975. Atas sebab tertentu ia telah dibatalkan dan didaftarkan semula pada 10hb. Mei 1983, oleh Allahyarham Ustaz Yusuf dengan Nombor Pendaftaran 146/83 di bawah Akta Pertubuhan 1966 dan peraturan-peraturan 1984 . Alamat rasmi dalam pendaftaran ialah : No. 5A Bangunan MPSP, Jalan Pasar, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman iaitu Ibu Pejabat yang sekarang.Jawatan kuasa penaja yang mendafta pada masa itu adalah Tuan Hj. Yusuf salleh sebagai pengurusi penaja PEKIDAbersama pegawai kemas kemajuan masyarakat Negeri Kedah En. Sharif Mahmud sebagai setiausaha penaja dan di sokong oleh 14 ahli jawatan kuasa penaja antaranya, Daud Wahab, Bakri Mohamad, Tengku Ibrahim, Abu bakar Radin, Abd Hamid Awang, Hashim Mad Daud, Shafie senawi, Hashim Bakar, Ishak Abd Rahman, Haris Daud, Zainudin Mohd Daud, Azaimi Othman, md Yusuf Harun dan Abd Ghani Musa.
Bagi memudahkan segala bentuk urusan dan menambah keberkesanan keseluruhan pentadbiran, maka pada awal tahun 2004, Ibu Pejabat PEKIDA MALAYSIA telah dipindahkan ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di alamat : 69E, 4A Bangunan KOBENA, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur. Setelah Allahyarham Datuk Fuad kembali ke rahmatullah, ibu pejabat di pindahkan semula ke Sg Petani oleh pihak kepimpinan yang mengambil alih selepas itu.
Pada tahun 1997, Pertubuhan telah meluluskan keahlian baru seramai 1,995 orang dan tahun 1998 seramai 958 orang sahaja. Jumlah ahli yang berdaftar setakat 31hb. Dis 1997 ialah seramai 14,295 orang dan pada 31hb. Dis 1998 ialah seramai 15,253 orang. Kini PEKIDA telah mendaftarkan kira-kira 50,000 orang ahli.
MISI DAN VISI PEKIDA MALAYSIA
1. Kami berikrar dengan bersungguh-sungguh untuk mendukung hala tuju baru PEKIDA Malaysia.
2. Kami berjanji mematuhi peruntukkan perlembagaan sebagai dan menjadi ahli yang berdaftar dan terus berusaha mencapai objektif pertubuhan supaya menjadi sebuah organisasi Melayu yang terulung.
3. Kami akan bergiat secara aktif dalam bidang ekonomi yang menyumbang ke arah pertumbuhan ekonomi negara. Menyokong aktiviti meningkatkan pemilikan harta melalui Yayasan PEKIDA Malaysia. Meningkatkan pendapatan dan keuntungan dari perniagaan dalam Koperasi PEKIDA Bhd.
4. Kami terus mempergiatkan kerja-kerja kebajikan dikalangan ahli-ahli PEKIDA Malaysia.
5. Kami berusaha menimba ilmu yang memberi manfaat sesuai dengan keperluan negara bagi menjadi masyarakat yang berilmu dan bermaklumat, kreatif, inovatif dan mempunyai pemikran kelas satu.
6. Kami komited untuk menyediakan tabung bagi membiayai aktiviti pelaburan, perniagaan, ikuiti dan pendidikan.
7. Kami berusaha bersunggu-sungguh untuk menyuburkan semangat perpaduan dikalangan ahli dan juga perpaduan nasional bagi menjamin kehidupan yang makmur, bahagia dan sejahtera.
Hala Tuju
Aktiviti PEKIDA semenjak ditubuhkan hanya berkisar kepada aktiviti kekeluargaan seperti kenduri kendara, kematian dan sebagainya. Tiada program khusus diatur untuk membangunkan pendidikan maupun ekonomi secara legal dan teratur. Oleh itu tidak ramai ahli-ahli yang mendaftar secara rasmi walaupun mengaku bersama-sama dalam perjuangan itu. Dengan era baru kepimpinan PEKIDA MALAYSIA, pelan pembangunan 5 tahun telah dirangka untuk menyahut seruan kerajaan agar NGO memain peranan membangun masyarakat melalui dasar-dasar negara yang telah dirangka. Untuk itu Koperasi PEKIDA BERHAD (KOPEM) dan Yayasan PEKIDA telah ditubuhkan. Bagi tujuan penyebaran maklumat dengan kaedah terkini, Laman Web PEKIDA didaftar dan dilancarkan di samping Buletin Bulanan PELITA PEKIDA yang sedang dirangka. Segala program tersebut tidak akan dapat bergerak sekiranya tiada kefahaman mendalam di kalangan ahli. Untuk itu satu modul dan program yang tersusun sedang dirangka untuk mendidik ahli pelbagai peringkat dan lapisan masyarakat sesuai dengan kemampuan masing-masing. PEKIDA MALAYSIA bertekad untuk menjadi penyumbang terunggul kepada pencapaian dasar serta wawasan kerajaan ke arah Malaysia Cemerlang, Gemilang dan Terbilang melalui pengeluaran Sumber Daya Manusia yang bersemangat waja, berakhlak, beramanah dan beriman untuk disalurkan ke dalam bidang pembangunan ekonomi yang boleh dijadikan contoh di peringkat dunia. Untuk mencapai hasrat itu, satu unit khas telah ditubuhkan iaitu UNIT R&D, LATIHAN DAN PERHUBUNGAN AWAM. Unit ini berfungsi untuk mengkaji segala punca masalah dan kelemahan dalam Pertubuhan dan berusaha ke arah pembangunan dan pembaikan. Ia juga berperanan mendidik ahli melalui kelas mingguan dan ceramah umum dan berusaha mengadakan perhubungan dengan pihak Media, Ahli Politik, badan-badan NGO serta kerajaan sebagai agen perhubungan awam Pekida Malaysia. |
PAPIM
PRESIDEN PAPIM
PROFAIL
PAPIM telah diluluskan pendaftarannya oleh Pejabat Pendaftar Pertubuhan pada tahun 2006 dengan nombor pendaftaran 0484-06-SEL dan beralamat No. 1, Jalan Meranti 8A/7, Bandar Utama Batang Kali, 44300 Batang kali Selangor.
Badan ini dikenali sebagai BADAN KELUARGA atau lebih mesra dipanggil BADAN ADIK BERADIK. Ianya seolah-olah dilahirkan dari SEPERUT-SEIBU yang mana sama-sama merasai dan bertanggungjawab dalam mengukukuhkan lagi ikatan kekeluargaan atau SEBAGAI SATU BAPA (Ayahanda) yang bertanggungjawab luas di semua bidang perjuangan yang amanahkan sebagai perjanjian awal yang sama-sama diterima dengan kerelaan hati lebih-lebih lagi perjanjian kita dengan ALLAH semasa di Alam Roh dulu, termasuk Roh orang Islam dan Roh Kafir. Semuanya menjawab serentak YA! kamulah Tuhan kami sebenarnya . Menurut segala perintahMU dan Meninggalkan yang dilarang.
Sebenarnya BADAN AYAHANDA ini sudah lama diujudkan sejak tahun 70an lagi seperti yang diumumkan oleh Datuk Seri Sanusi Junid pada 11 Ogos 1998 di kediaman rasmi Menteri Besar Kedah ketika itu di Mentalon, Alor Setar Kedah.
Maksudnya jawatankuasa BADAN AYAHANDA ini sudah wujud di semua peringkat di seluruh negara, cuma bezanya yang dahulu tidak didaftarkan secara khusus tetapi sekarang ianya telah didaftarkan dengan sah atas persetujuan Perdana Menteri (Pak Lah) selepas TAJAAN PENUBUHAN dibuat di Pulau Pangkor, Perak.
Konsep dan hala tuju badan ini bersesuaian dengan masa ianya dilahirkan sekitar tahun 1937, iaitu sebelum lahirnya parti-parti politik dan lebih tepat lagi semasa negara kita telah dijajah oleh beberapa PENJAJAH. Sebagaimana yang kita sedia maklum waktu itu terlalu ramai diantara kita menerima tekanan daripada penjajah ini dan diperhambakan dengan berbagai-bagai cara. Lantaran timbul KESEDARAN dari Pemimpin-pemimpin kita untuk mewujudkan apa yang disebutkan sebagai BADAN ADIK BERADIK dengan maksud sama-sama merasai apa yang dirasai oleh Adik Beradik dengan kata lain CUBIT PAHA KIRI PEHA KANAN JUGA TERASA. Ianya lahir dari jiwa dan perasaan hati yang tidak BERSEMPADAN dan juga tidak dapat dihuraikan oleh fikiran kita yang terhad ini KECUALI DENGAN ANUGERAH ALLAH yang ketika itu penyatuan umat adalah lebih dari WAJIB kerana seluruh rakyat menyedari inilah satu-satunya NEGARA yang ada pada kita. Ini AMANAH ALLAH. Hidup Mati kita dan anak cucu inilah satu-satunya NEGARA ANUGERAH ALLAH kepada kita. Oleh yang demikan penyatuan bangsa kita ( MELAYU )
mestilah diperkemaskan lagi. Sekarang ini kita nampak perjuangan orang melayu masih di sekitar ALIM dan TAKSUB pada parti politik masing-masing. Kurang memperjuangkan BANGSA, AGAMA DAN NEGARA. Perlu dibuat satu perbandingan sebagai contoh yang mana satu bangsa ini (tidak perlu disebut) walaupun fahaman politik berlainan, mereka tetap bantu membantu sesama bangsa mereka... itulah antaranya pegangan POLITIK yang sebenar sebagai Bangsa yang Bermaruah.
Untuk pengetahuan semua Anak-anak dan Ahli-ahli bahawa sejarah amat penting sebagai pegangan untuk lebih kukuh di dalam perjuangan kita. Antaranya:-
1. Mengapa BADAN seperti ini diwujudkan?
2. Bilakah wujudnya BADAN ADIK BERADIK ini?
3. Dimanakah mula bertapaknya BADAN ini?
4. Siapakah pengasasnya?
5. Bagaimana cara penyusunan awal?
6. Apakah asa atau hala tujunya?
Hanya yang arif sahaja yang boleh menghurai dengan sempurna untuk lebih mantap sebagai pegangan dalam Perjuangan suci ini, antara lainnya ialah KESEDARAN DIRI sebagai seorang HAMBA kepada ALLAH. Perjanjian Awal kita di Alam Roh dulu mesti DIPERHIDUPKAN dan sering kali diulang-ulangi supaya menjadi ingatan sebati dan menjadi pegangan Kukuh dalam apa jua keadaan sekali pun antaranya untuk menyedarkan diri SIAPA KITA?
a. Dari mana kita datang?
b. Di mana kita berada sekarang (dengan siapa kita berada)?
c. Ke mana sudahnya kita akan pergi?
Inilah PERJANJIAN dan PENGAKUAN DIRI SEBAGAI INSAN dan sebagai HAMBA kepada ALLAH, guna untuk menjadi INSAN KAMIL atau sebagai ahli perjuangan untuk mencari keredhaan ALLAH.
BISMILLAHHIRAHMANNIRRAHIM
Dengan Nama ALLAH yang Amat Mengasihani, yang Pemurah lagi Amat Berkuasa segala-galanya. Yang Amat mengetahui segala gerak-geri, Perilaku kita, Tutur bahasa kita sama ada terang atau tersembunyi. Samada yang hidup atau yang mati adalah dalam kekuasaan ALLAH dalam semua keadaan yang bagi diriku tidak ada langsung kelebihan dan kekuasaan hinggakan pernafasan yang digunakan selama ini adalah hak mutlak ALLAH. Kesimpulannya apa saja yang ada pada diriku sebagai Insan yang sebaik-baik ciptaan ALLAH ini adalah pemberian ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Amat Mengasihani....
Maka dengan demikian fahamlah aku bahawa apa yang ku miliki selama ini hinggakan sehelai bulu roma yang terlekat pada tubuhku adalah hak ALLAH sebagai BARANG AMANAH yang diberi pinjam dan pada bila-bila masa sahaja boleh diambil dan dicabut oleh ALLAH kerana semuanya itu adalah HAK MUTLAK bagi ALLAH seperti dihilangkan PENDENGARAN "Maka Pekaklah kita" dan hilang pemandangan "Maka Butalah kita" dan akhirnya ROH yang paling Berharga dan Bernilai bagi kita diambil atau dicabut oleh ALLAH. Maka tinggal kakulah JASAD kita yang selama ini kita puja hingga seekor nyamuk pun tidak berani menggigit tubuh kita.
Tetapi akhirnya berkecailah JASAD kita itu dibaham oleh Kala Jengking, Cacing dan Ulat yang paling ganas. "Sebaliknya Berbahagialah Roh dan Jasad-Jasad" yang semasa hidupnya TUNAI segala JANJI samada JANJI dengan ALLAH atau sesama insan samada dengan keluarga Sedarah atau Adik Beradik dalam jemaah dan Beramal Amalan Ma'roff Nahi Mungkar membuat kebaikan serta menyeru ke jalan Kebaikan dan dalam hidupnya tidak ada permusuhan kecuali dengan Musuh-musuh ALLAH.
Untuk melaksanakan salah satu dari perintah ALLAH yang menjadi kewajipan serta tanggungjawab sebagai hamba ALLAH juga sebagai Perintis dalam perjuangan yang di AMANAHKAN. "AMAL MA'ROFF NAHI MUNGKAR" khusus bagi diri aku sendiri sebagai seorang MUSLIM yang turut serta dalam JEMAAH ini yang tidak pernah dipaksa.
Maka pada ketika dan saat ini dengan penuh yakin serta dengan rela hati Aku menyerah diri sebagai Adik Beradik dalam JEMAAH ini. Aku Berjanji akan mengikut segala keperluan yang diperlukan demi untuk mencari keredhaan ALLAH SUBHANAHUWATAALA. Di masa yang sama aku sanggup berkorban apa saja demi untuk KESUCIAN AGAMA yang menjadi pegangan hidup ku. Menjaga maruah Bangsa dari diperkotak katikkan dan demi NEGARA jangan diperjudikan dalam masa yang sama taat kita kepada Sultan dan Raja-Raja.
Melayu jangan sesekali diusik dan dipertikaikan, jauh sekali di CABAR yang menjadi pegangan bagi BADAN ini bahawa MELAYU ISLAM - ISLAM MELAYU tidak boleh berpisah dengan RAJA-RAJA Melayu dan selanjutnya aku berjanji akan berkhidmat serta mencurahkan khidmat segala Tenaga, Harta Benda dan Wang Ringgit demi Adik Beradik untuk menuju dan mencari keredhaan ALLAH jauh sekali untuk kepentingan diri. HANYA keredhaan ALLAH yang dipohon dari Dunia hingga Akhirat. YA ALLAH YA TUHAN KU, aku pohon dengan sepenuh hati serta penuh harapan, SEGALA TINDAK TANDUK KU SEGALA GERAK GERI serta TUTUR BAHASA KU tidak Bercanggah dengan PERINTAH MU dan juga SUNNAH RASUL MU. Juga tidak bercanggah dengan undang-undang NEGARA-NEGARA yang kamu redhai dan peraturan dalam JEMAAH Adik Beradik ini sebagai AMANAH langsung dari mu YA ALLAH. Demi untuk membetulkan dan kesempurnaan diriku sebagai seorang Muslim SEMATA KEAMPUNAN DAN KEREDHAAN YANG KU POHON.
AMIN YA RABBALALAMIN
Dan akhirnya dipohon Peringatan dan Harapan Tolonglah ingat mengingati sesama Keluarga Adik Beradik khusus bagi diri kita sendiri seperti SARANAN dan PERINGATAN RASULULLAH dalam Hadisnya yang bermaksud:
"SEMUA KITA ADALAH SEBAGAI PENGEMBALA ATAU PUN ORANG YANG BERTANGGUNGJAWAB. SEGALA TANGGUNGJAWAB ITU AKAN DISOAL DAN AKAN DIBICARAKAN DI ALAM AKHIRAT DI HADAPAN TUHAN ROBBOLJALIL BESOK. DI SANA NANTI TIDAK ADA PEGUAM UNTUK MEMBELA KITA, SEBALIKNYA SEMUA ANGGOTA : TANGAN, KAKI, MATA, TELINGA DAN SEMUA ANGGOTA AKAN MENCERITAKAN SATU PERSATU APA YANG DILAKUKAN DI ALAM DUNIA INI. AKHIRNYA MULUT AKAN MENCERITAKAN TIDAK LARI WALAUPUN SATU PERKATAAN DAN TIDAK JATUH SATU LANGKAH DAN GERAK HATI SESEPI MANA PUN"
Dan untuk terakhirnya sama-sama kita Renungkan serta ambil IKTIBAR yang Baik diamalkan dan yang disebaliknya disempadankan:
PERTAMA: JANGAN MERASA PANDAI (Rasukan Iblis)
YANG LEBIH PENTING PANDAI MERASA ( Arahan ALLAH )
KEDUA : MEMANG BAIK JADI ORANG PENTING(AMANAH) YANG LEBIH PENTING JADI ORANG BAIK (MUKMIN SOLEH)
KETIGA: PENIPUAN YANG DILAKUKAN OLEH KAKI PENIPU MUNGKIN TIDAK RAMAI ORANG YANG TERLIBAT DALAM KERJA PENIPUANNYA. TETAPI PENIPUAN YANG DILAKUKAN OLEH ORANG-ORANG YANG BERPENGARUH DAN BERKEDUDUKAN, TINGGI RISIKONYA. IANYA AMAT MENAKUTKAN KERANA AKAN MELIBATKAN RAMAI RAKYAT MENJADI MANGSA.
Sekian Terima Kasih . WASSALAM...
SENARAI KOMUNITI PAPIM 2007-2010
> Paduka Ayahanda Hj. Daud bin Hj Wahab Bkm., Pjk.
TIM PRESIDEN
> Ayahanda Syed Husain b. Syed Mansor
NAIB PRESIDEN
> Ayahanda Hj. Saad b. Md Saman
NAIB PRESIDEN
> Ayahanda Mohamad bin Taib
NAIB PRESIDEN
> Ayahanda Yahya b. Sharif
SETIAUSAHA AGONG
> Kekanda Ruzi @ Nata bin Yussuf
PEN. SETIAUSAHA
> Kekanda Ghazali bin Ishak
BENDAHARI AGONG
> Ayahanda Zulkifli b. Shaari
AHLI JAWATAN KUASA
AYAHANDA-AYAHANDA
Perlis
> Ustaz Hashim b. Ariiffin
> Abd Rahman b. Ismail
> Mansor @ Che Pa b. Sudin
Kedah
> Hj. Ramli b. Ishak
> Aziz bin Said
> Ahmad bin Jaafar
> Hj. Ismail b. Hashim
Perak
> Ustaz Zainuddin b. Hj. Othman
> Md Redzuan b. Mohamad
Terangganu
> Hj. Yaacob b. Salleh
> Raja Kamrin Raja Harun
> Che Mat b. Che Bakar
w.Persekutuan
> Ustaz Abdul Halim hussain
> Zulkifli bin Shaari
> Mohd Fadhil b. Hanif
Selangor
> Ahmad bin Man
> Hj. Shahlan b. Daruwish
> Mohamad bin Ibrahim
N.Sembilan
> Saad bin Senawi
> Suib bin Isa
Pahang
> Abu Bakar b. Yaakob
> Ahmad bin Jusoh
> Ahmad bin Puteh
> Ust Mohd Rodzi b. Said
> Abd Rahman b. Ahmad
Kelantan
> Ustaz Alwi b Hj. Husain
Melaka
> Bakar bin Kamis
P.Pinang
> HJ. Ahmid b. Hj. Sabran
BIRO-BIRO PENGGERAK PAPIM
> Ayahanda Hassan bin Mohamad
AGAMA dan PENDIDIKAN
> Ayahanda Hj. Yaakob bin Salleh
KEBAJIKAN
> Ayahanda Hj. Saad bin Md Saman
EKONOMI
> Ayahanda Datu Mohd Akjan
LATIHAN dan PEMBANGUNAN INSAN
> Ayahanda Syed Husain Al Shahab
PEGAWAI KHAS KEPADA PRESIDEN
> En Md Zahari bin Desa
MATLAMAT
# Memartabatkan hidup yang bertunjangkan kepada peribadi Melayu, ajaran islam, berintegriti, progresif, progresif yang sesuai mengikut arus peradaban.
# Mendaulatkan Institusi pemerintahan, lambang-lambang Yang Dipertuan Agong di peringkat Negara dan Sultan-Sultan di peringkat Negeri.
# Mengumpul dan mengeratkan rangkaian silaturrahim dikalangan ahli melalui pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan sosial yang bermanfaat.
# Mengadakan program-program motivasi, latihan sivik, kursus, seminar bengkel, ceramah, kaunseling, kebajikan atau pertemuan yang dapat mengerakkan usaha merialisasikan penubuhan PAPIM.
# Memberi kerjasama kepada Agensi-Agensi dan Badan-Badan kerajaan bagi membenteras ajaran sesat, penyalahgunaan dadah dan mengawal aktiviti-aktiviti sosial yang menghina martabat dan peradaban Melayu.
# Menyalurkan bantuan kebajikan kepada yang memerlukan tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.
# Mengadakan tabung khas bagi membiayai kos dengan cara menerima kutipan derma atau tajaan-tajaan dengan syarat mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa.
MISI
MOTO
Maju Melalui Kemasyarakatancit3r p3kid4
20 August 2009
Pekida perketat syarat keahlian, nafi tohmahan pertubuhan samseng
KUALA LUMPUR – Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) memperketatkan syarat keahlian serta menyusun semula organisasi pertubuhan berkenaan bagi menangkis tohmahan masyarakat terhadap imej Pekida yang mula dipandang serong.
Presidennya, Jamaluddin Yusof berkata, tindakan berkenaan diambil berikutan berlaku banyak kes yang menggunakan nama Pekida, termasuk beberapa tindakan sesetengah pihak yang mendakwa ahli Pekida yang bertindak di luas batas undang-undang negara.
“Pekida adalah pertubuhan yang mempunyai prinsip dan peraturan agar tidak mendatangkan sesuatu yang boleh melanggar undang-undang negara, sekali gus menafikan dakwaan ini adalah pertubuhan samseng.
“Setiap individu yang ingin menjadi ahli, mestilah mendapat sokongan Ayahanda yang dilantik oleh Majlis Ayahanda Pekida bagi mengelakkan kekeliruan yang ditimbulkan sesetengah pihak,” katanya ketika ditemui di Pejabat Pekida Bukit Bintang di sini, semalam.
Jamaludin berkata, selain syarat keahlian diperketatkan, hanya satu lambang sahaja yang diluluskan dan hanya ahli berdaftar sahaja yang boleh memakai pelekat kenderaan serta lambang pertubuhan berkenaan, dan jika terdapat lambang lain, pertubuhan tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.
“Pelantikan Ayahanda juga hanya dilakukan melalui majlis, dan setiap daripada mereka mempunyai satu kad khas sekali gus penyusunan semula organisasi berkenaan dapat menangani masalah yang timbul termasuk penyalahgunaan lambang dan nama Pekida.
“Kita mahu seluruh masyarakat menyenangi pertubuhan Pekida, bukannya memandang serong terhadap kami dan jika ada pihak yang teraniaya sebelum ini, mereka boleh membuat aduan kepada Pekida daerah dan negeri dan kami akan menjalankan siasatan termasuk membuat laporan polis jika perlu,” katanya.
Katanya, selain itu, Pekida juga menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa pertubuhan berkenaan mendapat permit teksi sebanyak 2,000.
“Dakwaan tersebut tidak benar sama sekali dan kita tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap pihak yang memfitnah berkenaan,” katanya.
Baiah calon PAS
Sump4h Seti4=baiah
Isnin, 23 November 2009
Sabtu, 21 November 2009
REZEKI MUR4H
Rasulullah s.a.w bersabda: “Takutilah kamu akan bakhil, kerana bakhil itu pernah membinasakan orang dahulu daripada kamu sehingga mereka suka mengalirkan darah sesama sendiri dan menghalalkan yang diharamkan ke atas mereka.”
Tabiat kedekut berpunca daripada sikap terlalu sayangkan harta. Ia boleh menyebabkan manusia lalai daripada mengingati Allah dan mengerjakan ibadat, sebaliknya memalingkan muka hati kepada dunia semata-mata.
Firman Allah, maksudnya: “Hai orang-orang yang beriman, janganlah harta kamu dan anak-anak kamu melalaikan kamu daripada mengingati Allah. Dan sesiapa berbuat demikian, maka mereka adalah orang-orang yang rugi.” (Surah al-Munafiqun ayat 9)
Jadi, bagi menyucikan sebahagian harta, setiap orang perlu manfaatkan harta itu dengan membelanjakannya ke jalan yang boleh memberi manfaat.
Kita juga disaran berusaha memperbaiki kelemahan dan ‘meloloskan’ diri daripada kemiskinan kerana kemelaratan itu hanya akan menjauhkan diri kita daripada Tuhan.
Tangan memberi lebih baik dari tangan yang menerima. Jadi kita perlu sematkan dalam diri untuk bersedekah, Insya-Allah harta yang dikeluarkan akan diganti berlipat ganda.
Jangan hanya sebab harta benda kita bermusuh sesama sendiri.
Berdasarkan konsep rezeki yang diterangkan, Allah memberi jalan seluas-luasnya bagi setiap hamba-Nya untuk memperoleh rezeki dalam pelbagai bentuk.
Justeru, selagi berpeluang bernafas, manfaatlah harta untuk kebaikan diri sendiri dan orang lain kerana rezeki yang kita miliki kadangkala ada hak kepada orang lain.
Selain itu, menunaikan hajat orang lain juga boleh meluaskan jajaran rezek
Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan boleh menggelapkan rupa, hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”
Amalan bersedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki kita seluas-luasnya.
Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam, maksudnya: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu tergantung di Arasy, yang dikirim oleh Allah kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.
Saidina Abu Bakar berkata, maksudnya: Orang-orang yang terlalu bakhil mereka tidak akan terlepas salah satu dari tujuh kemungkinan iaitu:
1. Allah memberikan kuasa kepada seorang pemerintah yang zalim, lalu pemerintah itu akan merampas dan membinasakan hartanya setelah menjatuhkan maruah dirinya.
2. Allah akan menimpakan ke atasnya bencana dunia seperti berlaku kebakaran, kecurian, banjir dan tenggelam dalam tanah.
3. Selepas meninggal, hartanya akan diwarisi mereka yang mempergunakan di jalan maksiat dan kemungkaran.
4. Allah akan menimpakan suatu penyakit yang berpanjangan sehingga ia terpaksa membelanjakan semua hartanya itu bagi mengubati penyakit itu.
5. Dia menanamkan hartanya itu pada suatu tempat, lalu ia sendiri terlupa sehingga tidak boleh menemuinya.
6. Terlintas dalam fikirannya untuk mendirikan suatu bangunan di atas tanah yang rosak, akibatnya hartanya musnah.
7. Allah meninggikan syahwat bakhilnya sehingga ia sendiri yang akan memusnah
DO4 PERLINDUNGAN
'Ya Allah, Tuhan kami. Engkau Tuhan, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Engkau. Kepada Engkau kami bertawakal dan Engkaulah Tuhan Arasy Yang Maha Besar.
Sesuatu yang dikehendaki Allah pasti berlaku dan sesuatu yang tidak dikehendaki Allah pasti tidak akan berlaku. Tiada daya upaya dan tiada sebarang kekuatan yang dapat menjaya dan menggagalkan sesuatu melainkan dengan keizinan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar. Kami mengetahui sesungguhnya Allah atas tiap-tiap sesuatu amat berkuasa. Dan, sesungguhnya Allah meliputi pengetahuannya pada tiap-tiap sesuatu.
Ya Allah. Tuhan kami. Sesungguhnya kami memohon berlindung dengan Engkau daripada kejahatan dan keburukan pada diri kami dan daripada kejahatan tiap-tiap makhluk yang melata (jin, syaitan, binatang dan manusia). Engkaulah yang mengawasi ubun-ubunnya (segala gerak geri). Sesungguhnya Tuhan kami di atas jalan yang benar.
Dan, cucurilah rahmat dan kesejahteraan ke atas penghulu kami, Nabi Muhammad s.a.w dan atas keluarganya serta sahabat-sahabatnya. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.'
TAZKIRAH=SIL4TUR4HIM
Orang itu bertanya kepada Ibnu Umar: "Apakah menurutmu aku membayar jasa ibuku atas apa yang ia lakukan untukku selama ini?" Ibnu Umar menjawab: "Demi Allah, tidak walaupun satu nafasnya."
Selain ibu bapa, kita juga harus menjaga silaturahim sesama jiran. Jiran tetangga adalah kerabat paling hampir dengan keluarga kita. Malah, hubungan rapat dan mesra yang terjalin kadangkala melebihi sanak-saudara.
Allah s.w.t memerintahkan manusia supaya berlaku baik terhadap jiran tetangga, sama ada jiran tetangga dekat ataupun jauh. Ini jelas sebagaimana firman-Nya dalam surah An-Nisaa', ayat 36 yang bermaksud:
"Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah, dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba sahaya yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membanggakan dirinya."
Sabda baginda yang bermaksud: "Tidak akan masuk syurga seorang yang jiran tetangganya tidak aman daripada kejahatannya." (Riwayat Muslim)."
Silaturahim yang dipupuk dalam diri sendiri membawa kepada ikatan kekeluargaan, seterusnya diamalkan dalam kehidupan bermasyarakat yang mempunyai banyak kebaikan di dunia dan akhirat.
Pernah diriwayatkan mengenai rumah yang tidak dimasuki syaitan. Antara rumah yang dibenci syaitan ialah rumah yang penghuninya sentiasa menjaga dan menghubungkan silaturahim, menjaga adab dan berbakti kepada orang tuanya. Selain itu, ia termasuk rumah yang penghuninya terdiri daripada pasangan yang soleh dan solehah serta saling faham memahami dan bertolak ansur selain suka memaafkan orang lain dan rumah yang sentiasa dipenuhi dengan ucapan salam dan meminta izin.
Rumah sebegini yang dipenuhi dengan amalan mulia, akan memupuk ikatan silaturahim berpanjangan.