Hala Tuju
Aktiviti PEKIDA semenjak ditubuhkan hanya berkisar kepada aktiviti kekeluargaan seperti kenduri kendara, kematian dan sebagainya. Tiada program khusus diatur untuk membangunkan pendidikan maupun ekonomi secara legal dan teratur. Oleh itu tidak ramai ahli-ahli yang mendaftar secara rasmi walaupun mengaku bersama-sama dalam perjuangan itu. Dengan era baru kepimpinan PEKIDA MALAYSIA, pelan pembangunan 5 tahun telah dirangka untuk menyahut seruan kerajaan agar NGO memain peranan membangun masyarakat melalui dasar-dasar negara yang telah dirangka. Untuk itu Koperasi PEKIDA BERHAD (KOPEM) dan Yayasan PEKIDA telah ditubuhkan. Bagi tujuan penyebaran maklumat dengan kaedah terkini, Laman Web PEKIDA didaftar dan dilancarkan di samping Buletin Bulanan PELITA PEKIDA yang sedang dirangka. Segala program tersebut tidak akan dapat bergerak sekiranya tiada kefahaman mendalam di kalangan ahli. Untuk itu satu modul dan program yang tersusun sedang dirangka untuk mendidik ahli pelbagai peringkat dan lapisan masyarakat sesuai dengan kemampuan masing-masing. PEKIDA MALAYSIA bertekad untuk menjadi penyumbang terunggul kepada pencapaian dasar serta wawasan kerajaan ke arah Malaysia Cemerlang, Gemilang dan Terbilang melalui pengeluaran Sumber Daya Manusia yang bersemangat waja, berakhlak, beramanah dan beriman untuk disalurkan ke dalam bidang pembangunan ekonomi yang boleh dijadikan contoh di peringkat dunia. Untuk mencapai hasrat itu, satu unit khas telah ditubuhkan iaitu UNIT R&D, LATIHAN DAN PERHUBUNGAN AWAM. Unit ini berfungsi untuk mengkaji segala punca masalah dan kelemahan dalam Pertubuhan dan berusaha ke arah pembangunan dan pembaikan. Ia juga berperanan mendidik ahli melalui kelas mingguan dan ceramah umum dan berusaha mengadakan perhubungan dengan pihak Media, Ahli Politik, badan-badan NGO serta kerajaan sebagai agen perhubungan awam Pekida Malaysia. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan